Wednesday 17 August 2011

Masa lampau idaman.

Duduk.
Pandang dinding. Percaya atau tidak, 
pandangan itu tembus, menembusi ruang waktu,
sampai ke masa lampau yang tak berapa nak lampau.

Mungkin aku lagi suka hidup aku dalam masa "itu",


Dan termenung nampaknya sudah menjadi hobi baru aku.

p/s: Hobi baru ini sering menghalang aku daripada lena.

Saat kita pertikaikan kehidupan.

Kadang kala kita merungut, mengeluh.
Kenapa hidup harus jadi begitu kulut?
Kenapa dalam beribu berjuta manusia,
Kita yang harus ditimpa musibah.

Kala itu, aku masih ingat lagi,
Aku meluah rasa kepada seorang sahabat,
ya, dia bukan beragama Islam.
Namun satu persoalan yang dia ajukan saat aku lemah,
merintih, dan mempersoalkan kehidupan...

"Merajuk kau sama Tuhan?"

Terkesima, terdiam.
Aku telah leka dengan perasaan.


Yang kita tak sedar.
Kita telah mempertikaikan Qada' dan Qadar Allah.
Kita pertikaikan ketentuan yang telah Allah S.W.T tuliskan.

Thursday 11 August 2011

Otak yang Gagal vs Hati yang Degil

Jari ini terus menaip, otak yang suruh.
Kaki ini terus melangkah, itu pun otak suruh.
Perut lapar, otak kata "Jom makan"
Jari, kaki, perut. Semua patuh arahan.


Tapi, soal hati?


Kenapa hati tak pernah turut kata otak?
Otak kata, let it go. tapi hati tetap berkeras tak nak lupa.
Otak kata, lupakan dia. tapi hati hari hari ingatkan dia.
Otak suruh cari lain. Hati ini masih cintakan dia.


Penat otak suruh hati itu ini. Hati tetap macam tu jugak.
Hujungnya, hati sendiri sakit, otak pula serabut cari ayat nak sedapkan hati.
Dua dua rugi.


Aku keliru.
Otak aku yang gagal memerintah hati,
atau hati aku yang degil tak mahu dengar kata otak?