Thursday 11 August 2011

Otak yang Gagal vs Hati yang Degil

Jari ini terus menaip, otak yang suruh.
Kaki ini terus melangkah, itu pun otak suruh.
Perut lapar, otak kata "Jom makan"
Jari, kaki, perut. Semua patuh arahan.


Tapi, soal hati?


Kenapa hati tak pernah turut kata otak?
Otak kata, let it go. tapi hati tetap berkeras tak nak lupa.
Otak kata, lupakan dia. tapi hati hari hari ingatkan dia.
Otak suruh cari lain. Hati ini masih cintakan dia.


Penat otak suruh hati itu ini. Hati tetap macam tu jugak.
Hujungnya, hati sendiri sakit, otak pula serabut cari ayat nak sedapkan hati.
Dua dua rugi.


Aku keliru.
Otak aku yang gagal memerintah hati,
atau hati aku yang degil tak mahu dengar kata otak?

No comments:

Post a Comment